Tentang Artis

Tahukah Anda Selama Ini Cara Kita Jawab Salam Salah? Dr Haji Fadzilah Kamsah Bagitahu Sebabnya



CARA MENJAWAB, JIKA ORG BERKIRIM SALAM KPD KITA:

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: “Jef, Naz kirim salam”. 
Akan dijawab, 
“Yeke? WA’ALAIKUMUSSALAM”.


Nmpk mcm takde masalah kan?

Tertanya2 jgk apa masalahnya kan?


Yupp, memang ada masalah.

Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kpd kiriman salam tu bukannya, ‘waalaikumussalam’
tapi…

“wa’alaika wa’alaihissalam”.

Sbb apa? 

Azuan suruh Ali kirim salam kat Ain Su.
Ain Su jwb “wa’alaikumussalam”.

Sdgkan:- “Wa’alaikumussalam= Selamat sejahtera ke atas KAMU.
Jadi, salam Azuan kpd Ain Su tak terjawab kan? 
Sbb Ain Su doakan salam tu kepada Ali.

SEDANGKAN ALI TU ORG TENGAH.
 
Manakala:- 


Wa’alaika wa’alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.
Maka salamnya terjawab. Indahnya islam.

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.
*Sebarkan, jgn mintak izin, Ilmu2 Allah ni utk disebarkan.

Panas! Pelakon Baru Ini Menengkin ERA FAZIRA sehingga Era Menangis!


Panas! Pelakon Baru Ini Menengkin ERA FAZIRA sehingga Era Menangis!



#PETALING JAYA: Pelakon baharu iaitu Nadia Brian terpaksa melakonkan beberapa kali adegan yang memerlukan dia memarahi aktres Erra Fazira dalam drama Rumi Jawi  kerana gugup berhadapan wanita itu.

--------------
---------
------

#Nadia atau nama sebenarnya Najwa Mohamed Rashidi, 25, berkata, perkara tersebut disebabkan dia merupakan salah seorang peminat tegar pelakon tersebut sejak kecil lagi.

#"Pertama kali jumpa Erra Fazira sahaja saya gementar dan hanya melihat wajahnya dari jauh sahaja dan ketika pengarah Fazli Yahya meminta saya berlakon babak memarahi dia, saya tidak boleh buat.

--
-----
----------
-------

#"Sehingga saya pula dimarahi pengarah kerana terpaksa mengulangi beberapa kali babak tersebut disebabkan tidak boleh mengeluarkan dialog," ujarnya kepada mStar Online.

#Nadia berkata demikian ketika menceritakan pengalamannya sebagai artis baharu dalam industri hiburan tanah air.

#Erra Fazira
Tambahnya, Erra kemudian datang menenangkannya dan meminta agar situasi itu sebagai lakonan semata-mata.

#"Melihat kejadian itu, Erra kesihan dekat saya, dia menyuruh saya tidak terlalu gemuruh dan menganggap ia hanya lakonan sahaja, bukan betul-betul," ujarnya.

#Sementara itu, dia bersyukur, biarpun masih baharu, dia sudah berpeluang bergandingan dengan pelakon-pelakon popular yang berpengalaman dan banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

#"Alhamdulillah, sejak memasuki industri beberapa bulan lalu saya berpeluang bergandingan dengan pelakon-pelakon popular dan mereka tidak kedekut ilmu.

#"Drama pertama saya dengan Puteri Balqis, Nabila Huda, Nazim Othman untuk cerita Akulah Balqis, manakala drama akan datang ini iaitu Rumi Jawi bersama Remy Ishak, Fathia Latiff, Beto Khusyairi, Juliana Evan, Erra Fazira dan Syarul Ridzwan mungkin ditayangan pada Mac ini di TV3," ujarnya.

#Dalam pada itu, Nadia berkata, sebagai pendatang baharu dia juga sentiasa membuat kajian terlebih dahulu dalam setiap watak yang bakal dibawanya.

#Dia banyak bertanya bukan sahaja kepada pengarah dan pelakon, malah semua yang terlibat dalam produksi itu.

#"Saya takut sangat tidak dapat buat yang terbaik seperti dimahukan, jadi saya akan bertanya dan buat research dahulu. Saya akan minta pendapat semua termasuk kru produksi dan jurusolek," ujarnya.

#Sementara itu, Nadia berkata, dia lebih selesa kerjaya lakonanya diuruskan sendiri oleh ibunya, berbanding syarikat pengurusan.

#Dalam perkembangan lain, Nadia berkata, dia bakal beraksi di pentas teater berjudul Bikers Kental pada 23 Januari hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dia Dekat, Tapi Jauh~ Komen Fazura Ditanya tentang Jodoh


Dia Dekat, Tapi Jauh~ Komen Fazura Ditanya tentang Jodoh


#Saat Shaheizy Sam mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin, ramai yang ingin tahu komen Nur Fazura mengenai berita tersebut. Reaksi Fazura agak positif dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke akhir hayat.


--------
---------------

----------

#Mengenai Fazura yang sehingga kini masih kekal solo, wanita yang hangat dengan isu KimK  itu berkata beliau boleh “rasa” bahawa jodohnya sudah dekat meskipun sibuk dengan kerjayanya.

#Setakat ini calonnya belum ada lagi.  Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja.  Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh ‘rasa’.

*********
*************

#Dilihat sebagai seorang wanita yang agak “workoholic” baik dalam bidang lakonan mahupun perniagaan, Fazura bagaimanapun sanggup berhenti berlakon  dan hanya meneruskan dengan   perniagaan beliau selepas berkahwin kerana ingin memberikan seratus peratus tumpuan pada keluarga beliau yang akan dibina kelak.


Buat masa ini saya memang fokus pada kerja.  Kerja, kerja, dan kerja.  Bila dah puas kerja, insyaAllah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon.  Tak mahu berlakon lagi. Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja.

#Tidak apalah Fazura, janganlah terus mengenangkan kisah cinta yang tidak kesampaian. InshaAllah, selepas ini mungkin anda akan bertemu dengan jejaka yang tepat dengan anda dan bahagia bersama.
Sumber Berita: Media Hiburan

"Tiada Kenaikan GST! Hanya Kenaikkan Sara Hidup Setiap Hari"-Najib Razak(Bukan Nama Sebenar)


"Tiada Kenaikan GST! Hanya Kenaikkan Sara Hidup Setiap Hari"-Najib Razak(Bukan Nama Sebenar)





#PUTRAJAYA: Kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan berlaku kerana kerajaan sedang mengambil langkah untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi berikutan penurunan harga minyak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


-----
-----------

--------
---------------

#Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak diambil kira kerana kerajaan menganggap rakyat tidak dapat menanggung sebarang kenaikkan kerana ia akan menambah beban mereka.

#"Kami tidak melihat untuk menaikkan GST. Saya tidak fikir rakyat boleh terima tanggung kenaikan GST.

#"Ia tidak ada dalam perancangan," katanya pada sidang media pada Jumaat.

--------
-------------------
-----

#Najib yang juga Menteri Kewangan ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar GST bagi mengekalkan pendapatan negara jika harga minyak merudum.

#Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan peneraju industri, pakar ekonomi dan penganalisa bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas sebelum mengubahsuai Bajet 2016.

#Najib akan membentangkan pengubahsuaian belanjawan negara itu pada 28 Januari.

Al-fatihah!! Jenazah Tunku Husein Selamat Dikebumikan



#KUALA PILAH: Jenazah Almarhum anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin selamat dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada pukul 7 malam Jumaat.

----------
-



#Almarhum disemadikan bersebelahan makam nendanya Almarhumah Tunku Ampuan Durah Tunku Besar Burhanuddin yang mangkat pada 8 Ogos 1999.
Talkin dibacakan Imam Masjid Diraja Seri Menanti, Ustaz Abdul Rahman Ibrahim.


----------------
-------------------------

#Jenazah Almarhum sebelum itu dibawa dari Istana Besar Seri Menanti ke Makam Diraja Seri Menanti kira-kira pukul 5.30 petang dengan van jenazah Angkatan Tentera Malaysia dan tiba di makam kira-kira pukul 5.35 petang.

#Hujan lebat menyirami perkarangan istana sementara ledakan meriam sebanyak tujuh das dilepaskan.

#Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud mengiringi jenazah Almarhum bersama kaum kerabat diraja.

#Turut mengiringi ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin serta barisan exco kerajaan negeri.

------------
----------------------

#Terdahulu solat jenazah diadakan di Istana Besar dan penghormatan terakhir diadakan selama sejam bermula pukul 4 petang yang dihadiri kira-kira 500 tetamu kehormat dan orang awam.

#Istiadat siram jenazah dimulakan oleh Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani serta dua lagi anakanda baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin.

************888888888


#Suasana pilu menyelubungi perkarangan makam ketika istiadat siram berlangsung.

#Tahlil akan diadakan kira-kira pukul 9 malam ini di Istana Besar Seri Menanti.

#Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 31, mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.55 pagi Jumaat.

#Baginda diputerakan pada 3 September 1984 di Hospital Besar, Kuala Lampur.

#Almarhum merupakan putera bongsu Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani. - BERNAMA

Panas!!! "Najib Razak Perlu "BERJASA" Macam Ayahnya, Kalau Tak, Buat Apa Jadi "PERDANA"?


Panas!!! "Najib Razak Perlu "BERJASA" Macam Ayahnya, Kalau Tak, Buat Apa Jadi "PERDANA"?



#PETALING JAYA: Bekas Menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyedari bahawa bukan mudah bagi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai standard tertinggi dan kepimpinan tersohor yang ditunjukkan Allahyarham bapanya.


************
************

#Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat, Rafidah menyatakan harapan agar Perdana Menteri itu menggumpul segala kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sama seperti dilakukan bapanya, Tun Abdul Razak.

-----------------
-----------------

##Beliau berkata, dalam pelbagai bidang rakyat Malaysia dan kerajaan tidak boleh dihalang keusangan seperti dalam minda dan amalan seharian.

"Semuanya berakhir di meja PM dan penting bagi beliau untuk mempunyai penasihat yang yang boleh menasihat secara objektif tidak kira betapa pahit demi mendahulukan kepentingan negara dan rakyat.



#"Beliau perlu mempunyai sumber maklum balas yang meluas sebelum membuat keputusan," katanya.

#Rafidah berkata Najib perlu berpegang teguh kepada nilai dan prinsip asas yang mencerminkan kepimpinan yang baik.

#"Beliau juga perlu melakukan apa yang betul, tidak apa yang boleh diinterpretasikan secara subjektif sebagai 'bagus'.

#"Amat penting juga bagi beliau untuk mendengar yang manis dan yang masam, asalkan datang dari mereka yang berniat baik dan betul," katanya.


---------
-
-------------------

#Jelas beliau, usaha serius harus dilakukan untuk memperbetulkan keadaan dan menghentikan kerisauan serta keraguan daripada berterusan.

#"Mereka yang dipertanggungjawabkan memperbetulkan keadaan, mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan integriti dan ikhlas tanpa takut atau pilih kasih.

#Malah Rafidah turut menggesa Najib supaya mengikut jejak langkah bapanya yang memacu Malaysia ke tahap kejayaan lebih tinggi berpegang kepada politik untuk pembangunan dan perpaduan nasional.

Innalillah!! Pelakon Terkenal Era 80 an, ALI Setan Sedang Tenat.


Innalillah!! Pelakon Terkenal Era 80 an, ALI Setan Sedang Tenat.



#PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal menerusi filem 'Ali Setan' iaitu Azmil Mustapha dilaporkan dalam keadaan tenat akibat sakit jantung...

--------------

#mStar Online dimaklumkan pelakon era 80-an itu kini berada di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya dekat sini sejak Khamis lalu...

#Adik kepada Azmil iaitu Aziph Mustapha menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital...

#"Sebelum mengadu sakit dada kira-kira pukul 4 petang dia berada dalam keadaan baik," katanya...

#Menurutnya lagi, keadaan Azmil ketika ini masih tidak stabil dan pihak doktor juga belum mengesahkan keadaan sebenar abangnya ketika ini...

-------------------
-------------

---------
----------------

#Menurut status itu lagi, Azmil yang juga Ketua Pewagai Ekskutif, Yayasan Inovasi Malaysia kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan hayat...

#"Ia sangat menyedihkan apabila melihat orang yang kita sayang terbaring di atas katil dengan alat bantuan hayat...

#"Sekarang adalah masa yang sukar dan berharap semua dapat mendoakan kesejahteraan abang saya," katanya...

|| Ketip Sebelum Baca ||

Popular Posts

Design by araba-cı | Tentang Artis Template by GosuBlogger | Distributed by : Solid Blogger